Disini hamba nak menceritakan pengalaman hamba menerima murid kumpulan pertama. Dalam kumpulan pertama ada 5 orang. Tetapi hanya 3 orang sahaja yang berjaya sebatikan ilmunya dalam diri, senang cite yang istiqamah dalam menjalani latihan keilmuan.. Sewaktu datang melawat sahabat di rumahnya, hamba dan sahabat2 yang lain duk bersembang kat halaman rumah. Tetiba salah seorang dikalangan sahabat meminta hamba untuk mengajarkan silat lalu di sokong sahabat2 yang lain.. Hamba hanya terdiam sambil memikirkan persilatan apa yang nak di ajar dalam masa singkat, kemudian teringat satu amalan keramat surah al-ikhlas 1001 guna, dan hamba ajarkan kepada mereka cara2 penggunaannya kepada mereka..Selepas mengamalkannya, masing2 seakan akan rasa bersemangat dan berani, deria pancaindera semakin tajam.
Daripada tak pandai bersilat terus mampu membuka buah2 persilatan yang adakala seperti persilatan langka, ada kala pergerakkan ala2 harimau..mereka seolah olah diberi pengetahuan tentang persilatan, langkah dan serangan yang sukar mampu mereka lakukan..Subhanallah..
Dan sekarang, mereka bertiga mampu merawat, memagar, mengesan/scan unsur2 negatif atau senang cite boleh kesan jin dalam badan atau kawasan2 tertentu atas izin Allah..hanya berbekalkan amalan keramat al-ikhlas 1001 guna..Alhamdulillah..Amalan tersebut salah satu amalan kebatinan di dalam Perguruan Pasak Lam Alif..moga di rahmati Allah..aminnn..

No comments:
Post a Comment