Monday, 28 April 2014

PENGALAMAN MENERIMA MURID KUMPULAN PERTAMA

Assalamualaikum..

Disini hamba nak menceritakan pengalaman hamba menerima murid kumpulan pertama. Dalam kumpulan pertama ada 5 orang. Tetapi hanya 3 orang sahaja yang berjaya sebatikan ilmunya dalam diri, senang cite yang istiqamah dalam menjalani latihan keilmuan.. Sewaktu datang melawat sahabat di rumahnya, hamba dan sahabat2 yang lain duk bersembang kat halaman rumah. Tetiba salah seorang dikalangan sahabat meminta hamba untuk mengajarkan silat lalu di sokong sahabat2 yang lain.. Hamba hanya terdiam sambil memikirkan persilatan apa yang nak di ajar dalam masa singkat, kemudian teringat satu amalan keramat surah al-ikhlas 1001 guna, dan hamba ajarkan kepada mereka cara2 penggunaannya kepada mereka..Selepas mengamalkannya, masing2 seakan akan rasa bersemangat dan berani, deria pancaindera semakin tajam.

Daripada tak pandai bersilat terus mampu membuka buah2 persilatan yang adakala seperti persilatan langka, ada kala pergerakkan ala2 harimau..mereka seolah olah diberi pengetahuan tentang persilatan, langkah dan serangan yang sukar mampu mereka lakukan..Subhanallah..

Dan sekarang, mereka bertiga mampu merawat, memagar, mengesan/scan unsur2 negatif atau senang cite boleh kesan jin dalam badan atau kawasan2 tertentu atas izin Allah..hanya berbekalkan amalan keramat al-ikhlas 1001 guna..Alhamdulillah..Amalan tersebut salah satu amalan kebatinan di dalam Perguruan Pasak Lam Alif..moga di rahmati Allah..aminnn..


Thursday, 24 April 2014

BATU APE EK NI?




batu jenis ape ekk? batu ni lekat magnet.. nak kate badar besi rasenye bukan sebab berlainan dari rupanya..nak kata batu petir wallahu'alam.. masih dalam kajian..

PERMATA MARJAN


                                               





Permata marjan ni permata yang sangat istimewa sehinggakan disebut sebut di dalam kitab suci al-Quran yakni di dalam surah Ar-Rahman ayat 22 "Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;" dan surah Ar-Rahman ayat 58 "Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan."

khasiatnya:
-pemanis
-pengasihan
-pelaris

MAHAR
RM 40

hanya ada 1 buat masa ni..



Tuesday, 22 April 2014

PERKONGSIAN CARA MEMAGAR RUMAH DARI GANGGUAN JIN DAN PENGARUH SIHIR

zaman sekarang ni, walaupun semakin moden tetapi tak terlepas dari diganggu makhluk makhluk halus yang kadangkala tak dapat diterima akal. tapi sebagai umat islam, kite ni wajib percaya perkara2 ghaib seperti wujudnya malaikat, jin, syaitan dsb. kesempatan ini, hamba nak berkongsi sedikit pengetahuan hamba yg tak seberapa tapi sedikit sebanyak mungkin boleh membantu tuan2 dalam menghadapi atau mungkin akan menghadapi situasi dimana kawasan tempat tinggal tuan2 diganggu oleh tetamu ghaib yang tak diundang.

memagar kawasan rumah ni ada bermacam2 cara tuan2. Ada yg menggunakan khadam, ada yang menggunakan bahan2 alami seperti batu petir, kayu khalban(kayu pasung jin), garam, menggunakan wafaq2 tertentu, dan ada juga yg menggunakan kaedah islamik. Disini hamba ingin berkongsi kepada tuan2 menggunakan kaedah islamik yang sangat mudah dan berkesan, dimana ianya lebih afdal yakni menyerahkan sepenuhnya kepada Allah disamping berikhtiar menggunakan ayat2 suci Al Quran.

untuk memulakan pagaran, hendaklah menyediakan:

- 1 baldi air
- garam kasar

cara caranya:

- lakukan solat taubat dan hajat dan diniatkan khusus utk pagar rumah. Serahkan sepenuhnya pada Allah kerana Dialah sebaik baik wakil dan penolong.

- letakkan bahan2 seperti baldi yang berisi air dan semangkuk garam kasar yg cukup untuk kita taburkan di keliling rumah.

- bahan2 tersebut akan di jampi (ruqyah) dengan ayat2 suci Al-Quran.

- Bertawasul dan ta'awuz sebelum memulakan, yakni menghadiahkan fatihah kepada Rasulullah, para sahabat rasulullah, para nabi2, malaikat, waliullah, dsb. 

- Selesai bertawasul, mulakan dengan bacaan Al-fatihah sebanyak 7 atau lebih. Seelok eloknya secara ganjil. Diikuti dengan ayatul kursi sebanyak 7 kali atau lebih. Al ikhlas 7x Al Falaq 1x dan An-naas 1x.

- Kemudian zikirkan doa nabi Yunus yakni "La ila ha illa anta subhanaka inni quntum minadzzolimin" 101x, lepas selesai zikir, ditiupkan pada bahan tersebut.
- Sebelum memagar disetiap penjuru rumah, eloklah diazankan dulu didalam rumah sebanyak 3x atau lebih supaya makhluk2 halus yang mendiami didalam kawasan rumah itu keluar. Ini memudahkan kita, nanti tak lah makhluk tu mengaruk sebab tak dapat keluar akibat dari pemagaran disekeliling rumah. disarankan supaya diazankan dahulu, untuk "dikosongkan" rumah dari didiami makhluk halus.

- Taburkan garam yang telah dibacakan tadi di kawasan luar rumah yang ingin dipagar mengikut arah lawan jam. berserta dengan percikkan air. Setelah selesai untuk diluar rumah, percikkan air (sekadar syarat) didalam rumah mengikut arah lawan jam. Percikkan di celah2 kawasan yang terlindung kerana kebiasaannya makhluk tersebut suka mendiami di tempat sempit dan terlindung. untuk pengetahuan, air tersebut juga boleh di buat mandi dan minum bagi mereka yang kerap terkena gangguan. 

- Selesai memagar, berdoalah kepada Allah untuk berlindung dari kejahatan jin dan syaitan, juga dari kejahatan2 manusia sambil "memakrifatkan" @ visualisasikan pagaran berupa tembok yang kukuh di sekeliling kawasan yang ingin dipagar sambil berzikir di dalam hati menyebut kalimat "Allah" sebanyak banyaknya. Visualkan di kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah. Selepas itu masuklah kedalam rumah untuk rasa pengaliran udara keluar masuk. Ada pengalaman lalu dimana selesai memagar rumah, dalam kawasan rumah yang dipagar itu seolah olah tak dimasuki udara akibat daripada penangan pemagaran secara makrifat. Atas sebab itulah kite kena pastikan pengaliran udara didalam rumah dapat berlalu dgn baik.
- sekiranya udara didalam rumah tidak mengalir dgn baik, berdoalah kepada Allah atas keyakinan dan niat masing2. zambil berzikir menyebut nama Allah, pejamkan mata dengan penuh kosentrasi sehinggalah terasa pengaliran angin. insya Allah, bi iznillah.Sebenarnya ada banyak lagi cara pagaran, cara merawat, memulihkan.Insya Allah yang tu hamba kongsikan dilain hari.Yang penting, keyakinan itu kunci kejayaan.. 



Sunday, 20 April 2014

AKIK PANCAWARNA


Amacam...cantik tak akik pancawarna ni? sejenis akik yang beraura sejuk...

Mahar

RM60 tak termasuk pos

Batu Badar Besi @ Haematite





tengah dok usha kawasan semak tetibe plak hamba nampak banyak jenis batu lekat magnet ni.. bila diteliti elok2 rasanya sejenis "haematite" atau kata lain "badar besi+iron ore".berkilo kilo.. cantik rasanya kalau dibuat cincin..ingatkan nak hantar canai..tapi blum ada masa yg sesuai lagi..insya Allah lepas di canai, hamba akan post pic batu siap canai kat dalam blog..

DELIMA DAGING (STAR)




DELIMA DAGING (STAR)

berminat? hanya ada 1


Mahar
RM70 (tidak termasuk pos)

SALAM UKHWAH BUAT PENGUNJUNG BLOG GERBANG ALAM

Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah, tergerak hati hamba ingin menubuhkan sebuah blog ini. Dengan penubuhan blog pemaharan permata dan perkongsian ilmu dan pengalaman ini dapat dijadikan wadah untuk kita semua menjalinkan hubungan silaturrahim sesama kita disamping dapat berkongsi minat dan pengetahuan walaupun ianya tidaklah sebesar mana. Insya Allah. salam ukhwah dari hamba.