zaman sekarang ni, walaupun semakin moden tetapi tak terlepas dari diganggu makhluk makhluk halus yang kadangkala tak dapat diterima akal. tapi sebagai umat islam, kite ni wajib percaya perkara2 ghaib seperti wujudnya malaikat, jin, syaitan dsb. kesempatan ini, hamba nak berkongsi sedikit pengetahuan hamba yg tak seberapa tapi sedikit sebanyak mungkin boleh membantu tuan2 dalam menghadapi atau mungkin akan menghadapi situasi dimana kawasan tempat tinggal tuan2 diganggu oleh tetamu ghaib yang tak diundang.
memagar kawasan rumah ni ada bermacam2 cara tuan2. Ada yg menggunakan khadam, ada yang menggunakan bahan2 alami seperti batu petir, kayu khalban(kayu pasung jin), garam, menggunakan wafaq2 tertentu, dan ada juga yg menggunakan kaedah islamik. Disini hamba ingin berkongsi kepada tuan2 menggunakan kaedah islamik yang sangat mudah dan berkesan, dimana ianya lebih afdal yakni menyerahkan sepenuhnya kepada Allah disamping berikhtiar menggunakan ayat2 suci Al Quran.
untuk memulakan pagaran, hendaklah menyediakan:
- 1 baldi air
- garam kasar
cara caranya:
- lakukan solat taubat dan hajat dan diniatkan khusus utk pagar rumah. Serahkan sepenuhnya pada Allah kerana Dialah sebaik baik wakil dan penolong.
- letakkan bahan2 seperti baldi yang berisi air dan semangkuk garam kasar yg cukup untuk kita taburkan di keliling rumah.
- bahan2 tersebut akan di jampi (ruqyah) dengan ayat2 suci Al-Quran.
- Bertawasul dan ta'awuz sebelum memulakan, yakni menghadiahkan fatihah kepada Rasulullah, para sahabat rasulullah, para nabi2, malaikat, waliullah, dsb.
- Selesai bertawasul, mulakan dengan bacaan Al-fatihah sebanyak 7 atau lebih. Seelok eloknya secara ganjil. Diikuti dengan ayatul kursi sebanyak 7 kali atau lebih. Al ikhlas 7x Al Falaq 1x dan An-naas 1x.
- Kemudian zikirkan doa nabi Yunus yakni "La ila ha illa anta subhanaka inni quntum minadzzolimin" 101x, lepas selesai zikir, ditiupkan pada bahan tersebut.
- Sebelum memagar disetiap penjuru rumah, eloklah diazankan dulu didalam rumah sebanyak 3x atau lebih supaya makhluk2 halus yang mendiami didalam kawasan rumah itu keluar. Ini memudahkan kita, nanti tak lah makhluk tu mengaruk sebab tak dapat keluar akibat dari pemagaran disekeliling rumah. disarankan supaya diazankan dahulu, untuk "dikosongkan" rumah dari didiami makhluk halus.
- Taburkan garam yang telah dibacakan tadi di kawasan luar rumah yang ingin dipagar mengikut arah lawan jam. berserta dengan percikkan air. Setelah selesai untuk diluar rumah, percikkan air (sekadar syarat) didalam rumah mengikut arah lawan jam. Percikkan di celah2 kawasan yang terlindung kerana kebiasaannya makhluk tersebut suka mendiami di tempat sempit dan terlindung. untuk pengetahuan, air tersebut juga boleh di buat mandi dan minum bagi mereka yang kerap terkena gangguan.
- Selesai memagar, berdoalah kepada Allah untuk berlindung dari kejahatan jin dan syaitan, juga dari kejahatan2 manusia sambil "memakrifatkan" @ visualisasikan pagaran berupa tembok yang kukuh di sekeliling kawasan yang ingin dipagar sambil berzikir di dalam hati menyebut kalimat "Allah" sebanyak banyaknya. Visualkan di kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah. Selepas itu masuklah kedalam rumah untuk rasa pengaliran udara keluar masuk. Ada pengalaman lalu dimana selesai memagar rumah, dalam kawasan rumah yang dipagar itu seolah olah tak dimasuki udara akibat daripada penangan pemagaran secara makrifat. Atas sebab itulah kite kena pastikan pengaliran udara didalam rumah dapat berlalu dgn baik.
- sekiranya udara didalam rumah tidak mengalir dgn baik, berdoalah kepada Allah atas keyakinan dan niat masing2. zambil berzikir menyebut nama Allah, pejamkan mata dengan penuh kosentrasi sehinggalah terasa pengaliran angin. insya Allah, bi iznillah.Sebenarnya ada banyak lagi cara pagaran, cara merawat, memulihkan.Insya Allah yang tu hamba kongsikan dilain hari.Yang penting, keyakinan itu kunci kejayaan..